Welcome to my Blogspot if you Want Register in vegasslots88 WhatsApp : +60146488923 Wechat : vegasslots88 contact now..get free User id..SCR888Kiss,NewTown,MaxBet,Mbk368toto,Magnum,Damacai,Toto,Singapore


Rabu, 21 Mac 2018

Mukhriz kesal guna politik kaum, agama ketika dalam Umno

Mukhriz kesal guna politik kaum, agama ketika dalam Umno
Mukhriz kesal guna politik kaum, agama ketika dalam Umno

Kiss - Mukhriz kesal guna politik kaum, agama ketika dalam Umno


Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengaku beliau pernah menggunakan isu perkauman dan agama ketika berada dalam Umno.

Bekas menteri besar Kedah itu tersenyum malu ketika ditanya berkaitan perkara itu dalam wawancara bersama Malaysiakini minggu lalu.

Mukhriz juga mengakui sikap Umno yang sekiranya tidak dapat menyelesaikan masalah besar, akan menjadikan DAP sebagai sasaran dengan menuduhnya sebagai chauvinist selain menakutkan rakyat bahawa Lim Kit Siang ingin menjadi Perdana Menteri.

“(Tuduhan) Melayu akan hilang, azan tak berkumandang (dan seumpamanya). Saya mengaku, saya pun pernah sebut bila berdepan dengan hadirin yang 100 peratus Melayu.

“Saya fikir balik memang rasa bersalah, menyesal kerana saya dah mula faham kerana ketika dalam Umno, DAP ini (dijadikan) boogeyman.

“DAP bertentangan dengan Umno jadi apa yang diperjuangkan Umno, DAP akan perjuangkan bertentangan dengan itu,” katanya sambil tersenyum.

Mukhriz turut mengakui, setelah BERSATU menjadi rakan DAP melalui Pakatan Harapan (HARAPAN), beliau sedar DAP tidak seperti yang dicanangkan Umno.

“Walhal sekarang ini baru kita faham bahawa kita semua parti politik dalam negara yang kita sama-sama menjadi rakyat.

“Saya lihat sekarang cara DAP urus Pulau Pinang banyak kebaikan, orang Melayu sendiri iktiraf, jadi perkara itu tak timbul dah,” katanya.

Kepentingan orang Melayu

Malah Mukhriz menyindir Umno yang tetap menyatakan Kit Siang akan menjadi perdana menteri jika HARAPAN memenangi PRU14 walaupun HARAPAN sudah menamakan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai perdana menteri dan timbalan perdana menteri sementara.

Jelas Mukhriz, di sebalik penafian Umno bahawa mereka bukanlah parti yang tidak sensitif terhadap kaum lain, namun hakikatnya Umno sering bersikap demikian.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika menjadi Ketua Pemuda Umno semasa Perhimpunan Agung Umno 1987 turut didakwa menggunakan simbolik keris dan mengeluarkan kenyataan perkauman.

Sementara Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein ketika menjadi Ketua Pemuda Umno pada 2005 pernah menghunus keris di perhimpunan agung Umno sambil berikrar untuk mempertahankan kepentingan Melayu.

Tiga tahun kemudian, Hishammuddin meminta maaf dan mengakui tindakannya menghunus keris telah menyebabkan BN hilang sokongan di kalangan pengundi bukan Melayu pada pilihan raya umum 2008.

BERSATU tidak seperti Umno

Penubuhan BERSATU berasaskan kaum menyebabkan ada ahli dalam HARAPAN mengkritik penubuhan parti itu. Namun Mukhriz berkata pihaknya mempunyai sebab tersendiri.

Mukhriz berkata pada PRU13, walaupun HARAPAN mendapat 51 peratus undi popular, namun Umno berjaya menawan banyak kerusi luar bandar sehingga menyumbang kepada kemenangan BN.

Justeru, menurutnya, BERSATU ditubuhkan bagi memenangi hati pengundi luar bandar.

“Jumlah pengundi (luar bandar) tak berapa ramai berbanding dalam bandar. Tapi tak kira lah ramai atau tak ramai dia masih lagi satu kerusi. Jadi semua ini yang memenangkan BN.

“Di kubu kuat mereka (Umno) sendiri, itu sebabnya BERSATU ditubuhkan,” kata Mukhriz lagi.

Mukhriz turut berkata, walaupun BERSATU ditubuhkan berasaskan kaum, pihaknya tidak akan menggunakan taktik sama seperti dibuat Umno sebaliknya akan memperjuangkan perkara yang dekat di hati orang Melayu Islam.

“Memang jelas Umno guna retorik semangat perkauman sehingga ke tahap menjejaskan hubungan dengan etnik-etnik lain. Ini yang wajib kita elakkan.

“Kita pertahankan hak-hak keistimewaan Melayu, agama Islam sebagai agama persekutuan, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan kedaulatan.

"Itu semua termaktub dalam perlembagaan. Itu perkara yang natural kepada semua anggota dalam HARAPAN,” katanya.






Sumber : Malaysiakini






Merealisasikan impian anda bersama-sama vegasslots88.com


Jadi apa yang anda tunggu hubungi Cs dengan segera Vegasslots88 melalui :
Wechat : vegasslots88
WhtasApp : 0182669645
Livechat : www.vegasslots88.com

Keselesaan dan Kerahsiaan anda adalah PRIORITAS kami.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan